Bantuan SEGERA

Pautan

Sedang Online

5 user(s) are online

Members: 0
Guests: 5

more...

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang rasmi program Skim Mesra Usia Emas. Melalui laman sesawang ini, kami cuba menyampaikan seberapa banyak maklumat yang anda perlukan.

Apa yang diharapkan, ia dapat membantu menjelaskan kekeliruan dan menjadi saluran penyampaian maklumat yang tepat kepada rakyat Negeri Selangor terhadap program-program kebajikan yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Ini kerana masih ramai rakyat Negeri Selangor masih tidak mengetahui apakah program-program kebajikan dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diwujudkan dan tersedia untuk diambil manafaatnya.

Melalui laman sesawang ini, RMSB telah membahagikan ia kepada beberapa bahagian bagi memudahkan masyarakat umum mendapatkan maklumat. Antara lain ia menyediakan maklumat tentang syarat & prosedur penyertaan, jumlah manafaat yang ditawarkan, semakan pendaftaran dan beberapa maklumat lain yang berkaitan. Kami turut mengalu-alukan sebarang komen membina bagi tujuan penambahbaikan laman sesawang ini.

Selain daripada itu pihak RMSB juga telah mewujudkan ruangan khusus untuk petugas DUN bagi memudahkan penyebaran maklumat khusus berkaitan SMUE, kemudahan muat turun borang–borang (Contoh: Borang Tuntutan SMUE, Tuntutan Rekup, Penukaran Penama dll) dan juga beberapa laporan tertentu berkaitan SMUE. Hanya petugas DUN dan pihak tertentu sahaja yang mempunyai capaian ke halaman yang berkenaan.

Semoga laman sesawang ini benar-benar dapat memberikan manafaat kepada mengunjung laman ini.

Sekian, wasalam dan terima kasih.

Apa kata mereka tentang SMUE?

ApakatamerekaSMUE_b

Makluman Penting

Selangorku...

Kongsi dengan rakan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Blogmarks bookmark at: Buzz

Terkini

Sehingga 31 Disember 2011, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM62.847 juta kepada 26,784 waris yang layak. Untuk lebih lanjut, klik di sini

Berita Terkini

Sertai SMUE di Facebook!

Kunjungan