Bantuan SEGERA

Pautan

Kunjungan

Sedang Online

8 user(s) are online (2 user(s) are browsing Terkini)

Members: 0
Guests: 8

more...

BERITA TERKINI : Sasar 400 Warga Emas Setiap Sebulan
Posted by Admin on 20-10-2011 (403 reads)

SABAK BERNAM, 20 OKTOBER – Seramai 2,976 warga emas dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabak berdaftar dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sejak ia dilancarkan pada 1 Oktober 2008.

Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Sabak, Sallehen Mukhyi berkata, daripada jumlah itu, lebih 500 penama SMUE telah meninggal dunia.

“Waris menerima sumbangan berjumlah RM2,500 menerusi dua peringkat.

“Mengikut rekod kita, sehingga kini seramai 563 penama meninggal dunia dan waris menerima RM1,000 sebagai sumbangan fasa pertama skim ini dengan nilai keseluruhan RM563,000 untuk membantu menguruskan jenazah warga emas,” katanya ketika Program Jom Shopping melibatkan warga emas yang mendaftar dalam SMUE siri kedua.

Baca Lagi... | 2177 bytes lagi
BERITA TERKINI : Program "Jom Shoping" dilancar - Kupon RM100 untuk warga emas
Posted by Admin on 20-07-2011 (1017 reads)

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Program 'Jom Shopping' kepaada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bagi menghargai jasa mereka di samping mengukuhkan hubungan akrab di antara rakyat dan pemimpin.

Kempen tersebut yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 Julai di Pasaraya Tesco Kuala Selangor melibatkan 55 warga emas yang terpilih dari DUN Ijok.

"Program 'Jom Shopping' ini adalah bertujuan agar pemimpin dapat bermesra dan bertanya khabar dengan warga emas berkenaan dalam masa dua jam di samping kupon bernilai RM 100," kata Tan Sri Abdul Khalid.

Baca Lagi... | 3299 bytes lagi
BERITA TERKINI : Kupon RM 100 bukti keprihatinan
Posted by Admin on 19-07-2011 (810 reads)

KUALA SELANGOR ­Pemberian kupon RM 100 sempena Pelancaran “Jam Shopping” kepada peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menjadi bukti penghargaan Kerajaan Negeri ke­pada golongan itu.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ber­kata, sumbangan itu sebagai usaha kerajaan memulangkan semula hasil negeri Selangor kepada rakyat melalui dana RM5 juta yang diperuntukkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Menurutnya, peningkatan keuntungan kasar sebanyak RM24.47 juta pada 2010 dan perolehan hasilperlombongan pasir negeri sebanyak RM7.1 juta disalurkan untuk rakyat.

"Penganjuran program ini adalah bertepatan untuk ke­bajikan warga emas di Selangor supaya mereka boleh berbelanja seperti golongan lain di pasar raya terbesar.
"Secara tidak langsung, membolehkan pengurusan Tesco menunaikan ­jawab sosial kepada masyarakat setempat," katanya.

Program kupon RM100 berkenaan adalah tambahan untuk SMUE yang dilancar­kan pada Jun 2008 lalu iaitu selepas 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor berjaya membentuk kerajaan.Abdul Khalid berkata, program sama akan diadakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri, bagaimana­pun bergantung kepada pemimpin setempat samada untuk menganjurkannya se­cara mingguan atau bulanan.


koupon



BERITA TERKINI : 90 waris Daerah petaling terima SMUE fasa ke-2
Posted by Admin on 07-07-2011 (339 reads)

SHAH ALAM - Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diteruskan dengan pemberian baki khairat kematian sejumlah RM 1,500 kepada kira-kira 90 waris keluarga sebagai bayaran fasa kedua Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menerusi Majlis pembayaran SMUE Daerah petaling yang diadakan baru-baru ini.

Untuk rekod RM 1,000 diserahkan kepada keluarga waris sebelum urusan pengebumian jenazah. Majlis yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Subang Bestari itu melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DUN Kota Damansara dilantik sebagai tuan rumah atau pengelola majlis kali ini.

Baca Lagi... | 2528 bytes lagi
BERITA TERKINI : Kemas kini Maklumat Pusat Pendaftaran
Posted by Admin on 16-06-2011 (348 reads)

Pihak RMSB telah membuat kemaskini kepada maklumat Pusat Khdimat DUN dengan memasukkan capaian kepada laman web / blog ADUN bagi DUN yang berkenaan. Namun terdapat beberapa ADUN yang tidak mempunyai laman web / blog.

Sumber maklumat blog adalah diambil dari laman web ini : http://dun.selangor.gov.my

Selangorku...

Kongsi dengan rakan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Blogmarks bookmark at: Buzz

Terkini

Sehingga 31 Januari 2012, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM64.3 juta kepada 27,459 waris yang layak. Untuk lebih lanjut, klik di sini

Video Cadangan 1

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Video Cadangan 2

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Berita Terkini

Sertai SMUE di Facebook!